Pembukaan Cadangan Usul
>> Tuesday, 30 November 2010
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Banyak isu yang memeningkan kepala anda sejak kebelakangan ini, tapi tidak tahu kepada siapa mahu anda luahkan??
Anda rasa banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh PERUBATAN di peringkat Kaherah??
Tidak puas hati sebab kebanyakkan ahli majlis tertinggi persatuan banyak didominasi oleh pelajar dari Universiti Kaherah?
Isu mushrif? Isu pengurusan persatuan? Cadangan tentang 'rumah persatuan'? Atau anda masih lagi terfikirkan tentang idea bernas anda pada 2 tahun yang lalu berkenaan dengan konsep bijak untuk menggerakkan persatuan di peringkat Kaherah?
Mari!
Inilah tempat yang sesuai untuk anda menyuarakan pendapat dan idea-idea bernas anda. Mari sama-sama mencadangkan usul yang dapat kita bincangkan di antara semua ahli PERUBATAN daripada ketiga-tiga universiti di Kaherah ketika mesyuarat tahunan nanti!
Oleh itu, Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa cadangan usul bertulis boleh dilakukan mulai hari ini (29/11/2010). Tempoh selama lapan hari (sehingga Selasa, 7/12/2010) diberikan kepada semua ahli PERUBATAN di sekitar Kaherah untuk menyatakan segala pandangan, idea, buah fikiran atau apa saja yang bermain di benak fikiran anda semua.
Namun demikian, beberapa perkara anda perlu ambil berat sebelum mencadangkan usul-usul tersebut.
Berdasarkan hasil kata sepakat antara Majlis Tertinggi dan Majlis Penasihat PERUBATAN, ciri-ciri usul yang ingin diberikan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
~> Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul bertulis kepada Eksekutif Pendaftaran dan Pengiklanan mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk penghantaran usul
~> Perbahasan usul berdasarkan 2 bentuk:
Bentuk pertama : usul yang dimaksudkan dalam Fasal 33 Perlembagaan PERUBATAN. Perlembagaan akan dibahaskan namun, sebarang pindaan atau penghapusan hanya sah dilakukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN.
Bentuk kedua : perkara yang berkaitan dengan gerak kerja lokaliti sahaja dan tidak mengubah mana-mana fasal perlembagaan.
~> Setiap usul yang diberikan harus menggunakan kata-kata yang sopan, ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
~> Setiap frasa dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.
~> Prioriti MTK adalah usul bentuk kedua.
Sudah masyi dengan kriteria-kriteria di atas? Apa lagi, ajak kawan-kawan anda sama-sama fikirkan usul yang boleh membina jati diri kita sepanjang hidup 'berkeluarga' di sini. Ingat, BERANI BERSUARA, TRANSFORMASI DIJANA!
****
PENTING!!
Setiap pencadang usul haruslah mengirimkan nama penuh beliau, tahun serta universiti pengajian kepada:
Khairul Farhan Bin Khairuddin
Eksekutif Pendaftaran dan Pengiklanan
AJK Pelaksana Mesyuarat Tahunan Kaherah Kali Pertama
di alamat emel berikut:
aan89charlie@yahoo.com
Ingat, anda lah penggerak kepada PERUBATAN!