>> Sunday, 28 November 2010
Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Buat julung kalinya, PERUBATAN akan mengadakan
MESYUARAT TAHUNAN KAHERAH
Kali Pertama
yang melibatkan perbincangan berkenaan dengan idea, pendapat atau isu-isu berbangkit di kalangan ahli-ahli PERUBATAN sekitar Kaherah yang terdiri daripada pelajar-pelajar sains kesihatan dari tiga universiti terkemuka di Kaherah iaitu Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams dan Universiti Al-Azhar.
Antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk :
1. Membentuk kata sepakat antara ahli dan pimpinan dalam urusan persatuan di kalangan pelajar perubatan sekitar Kaherah.
2. Menyelesaikan masalah dan isu berbangkit sekitar gerak kerja persatuan pada sesi lepas di peringkat Kaherah.
3. Mengukuhkan ikatan akidah antara ahli di peringkat Kaherah.
4. Menimbulkan rasa kebersamaman ahli terhadap persatuan.
5. Menjadi medium untuk ahli menyuarakan idea untuk sesi akan datang.
Inilah masanya, kita satu keluarga Kaherah dapat menyuarakan dan membincangkan apa saja perkara berkenaan dengan hal-hal kebajikan atau isu-isu persatuan demi menjana perubahan di dalam PERUBATAN supaya ia menjadi lebih utuh dan unggul di masa yang mendatang!
BERANI BERSUARA, TRANSFORMASI DIJANA!
1 comments:
Our Videoslots evaluation would be incomplete if we didn’t mention the wagering necessities for bonuses. You’ll have 30 days to meet the wagering necessities, during which you’ll need to wager 35 times your deposit. You 로스트아크 will be able to|be succesful of|have the flexibility to} benefit of|benefit from|reap the advantages of} additional promotions when taking part in} at Videoslots on line casino. For instance, there is a reload bonus where you'll be able to|you presumably can} declare your funds using a selected bonus code while the promotion is reside. With the development of know-how, reside video games have been in existence. As lengthy because the players have an web connection, they can start gambling in real-time.
Post a Comment