FAQ berkenaan dengan MTK
>> Monday, 29 November 2010
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Merujuk kepada penubuhan Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK) yang pertama kali diadakan, Majlis Tertinggi serta
Majlis Penasihat PERUBATAN telah sebulat suara untuk mengeluarkan beberapa kenyataan berkenaan dengan perkara
tersebut.
Perkara-perkara yang telah dipersetujui ialah :
1. Penubuhan Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK)
- MTK ditubuhkan hasil inisiatif bersama Majlis Tertinggi dan Majlis Penasihat PERUBATAN sebagai satu muhasabah daripada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang kelihatan didominasi oleh isu lokaliti Kaherah.
- MTK tidak berkait dengan mana-mana fasal di dalam perlembagaan. Mesyuarat ini adalah berbentuk muhasabah tahunan pentadbiran PERUBATAN di peringkat lokaliti Kaherah.
- Tema MTK ialah - 'Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati'.
- Slogan MTK ialah - 'Berani Bersuara, Transformasi Dijana'.
2. Perwakilan
- Merupakan dikalangan ahli PERUBATAN yang berdaftar dan melepasi tempoh matang setahun (berdasarkan perlembagaan fasal 8).
- Layak untuk membahas dan mengundi usul.
- Selesai membuat pembayaran yuran PERUBATAN sesi pengajian 09/10.
3. Kuota perwakilan
- Ia adalah berdasarkan berdasarkan bilangan ahli di tahun dan universiti berkenaan. Pemilihan perwakilan adalah atas budi bicara ketua batch.
- AJKT dan calon pilihanraya PERUBATAN 2011/2012 secara automatik dikira sebagai perwakilan dan kuota dikira melalui batch masing-masing.
4. Usul
- Setiap ahli yang layak mengundi boleh menghantar usul bertulis mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk penghantaran usul.
- Perbahasan usul berdasarkan 2 bentuk :
- Bentuk pertama : usul yang dimaksudkan dalam Fasal 33 Perlembagaan PERUBATAN. Perlembagaan akan dibahaskan namun, sebarang pindaan atau penghapusan hanya sah dilakukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN.
- Bentuk kedua : Perkara yang berkaitan dengan gerak kerja lokaliti sahaja dan tidak mengubah mana-mana fasal perlembagaan.
- Prioriti MTK adalah usul bentuk kedua.
5. Pemerhati
- Penyertaan pemerhati adalah terbuka. Tidak memerlukan budi bicara ketua batch dan tiada kuota.
- Jika terdapat wakil media selain daripada mediaPERUBATAN hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Majlis dan di bawah pengetahuan Majlis Tertinggi PERUBATAN.
0 comments:
Post a Comment