Beberapa Kenyataan Berkaitan Dengan Usul
>> Thursday, 2 December 2010
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Definisi usul
1. Cadangan meminda mana-mana akta dalam perlembagaan persatuan.
- Keputusan untuk meminda perlembagaan hanya akan di putuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).
- Usul yang bersifat meminda perlembagaann hanya akan dibahas di peringkat cawangan dan akan dibawa ke peringkat pusat iaitu pada MAT.
3. Cadangan penyelesaian kepada masalah KRITIKAL (yang bersifat punca utama kepada masalah-masalah lain dalam persatuan).
Mempromosikan usul
Pihak AJK pelaksana telah bersetuju untuk membenarkan pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka, sama ada di blog, shoutbox, email dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:
- Mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
- Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan dengan isu yang diketengahkan.
- Mewujudkan suasana pra-MTK.
Status usul selepas dicadangkan
Usul-usul yang dicadangkan akan melalui proses penapisan selepas tarikh tamat tutup cadangan usul (Selasa, 7/12/2010). Mana-mana usul yang diterima akan diiklankan beberapa hari selepas itu bergantung kepada bilangan usul serta isu yang diketengahkan. Walaubagaimanapun, kami akan memaklumkan hal-hal berkaitan dari semasa ke semasa.
Berani Bersuara, Transformasi Dijana!!
0 comments:
Post a Comment