Etika MTK

>> Monday, 13 December 2010

Assalamualaikum wbt
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Pengenalan


Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK) PERUBATAN adalah program rasmi tahunan yang menghimpunkan para ahli PERUBATAN untuk sama-sama berbincang dan menyumbangkan buah fikiran dan idea bernas bagi memastikan PERUBATAN dapat terus memperjuangkan misi dan visi penubuhannya dengan sebaiknya. Para ahli seharusnya menggunakan peluang dan ruang yang diberikan ini dengan sebaiknya agar PERUBATAN lebih bersinergi dalam melaksanakan gerak kerja untuk merealisasikan objektif-objektif yang telah disepakati bersama. Mesyuarat ini juga akan menyaksikan peralihan kuasa daripada tampuk pimpinan lama kepada pucuk pimpinan baru yang telah dipilih pada pilihanraya PERUBATAN bulan Disember yang lepas. Sebagaimana mesyuarat yang diadakan pada tahun lepas, sistem perwakilan dan pemerhati masih lagi diguna pakai dengan harapan agar suara, pandangan dan cadangan dari setiap ahli di semua cawangan dapat disampaikan sepenuhnya memandangkan masa mesyuarat yang terlalu singkat.


Definisi

Usul
1. Perbahasan Perlembagaan untuk pindaan atau hapuskan dsb.
2. Berkaitan hal-hal dalam Perlembagaan
3. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
4. Setiap patah dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.

Isu
1. Membincangkan isu semasa berkaitan pada sesi perbahasan ucapan dasar
2. Membabitkan perkara bukan berkaitan dengan perlembagaan
3. Isu akan dibincangkan dan akan diambil tindakan lanjut oleh AJKT baru untuk keputusan seterusnya.

Cadangan
1. Cadangan bertulis akan dikumpulkan dalam kotak cadangan pada hari berlangsungnya MTK.
2. Setiap cadangan akan diterima tetapi pelaksanaannya bergantung kepada keputusan AJKT.

Perwakilan
1. Ahli PERUBATAN yang matang keahliannya dan mendaftar sebagai perwakilan MTK serta boleh membahaskan usul dan mengemukakan cadangan.

Pemerhati
1. Ahli PERUBATAN yang hadir semasa MTK tetapi hanya sekadar meninjau dan melihat majlis berlangsung tanpa boleh bersuara.



Etika perwakilan:

1. Pelajar merupakan ahli PERUBATAN yang telah matang tempoh keahliannya iaitu selama setahun (pelajar tahun 2 dan ke atas).
2. Pelajar telah membayar yuran tahunan PERUBATAN yang ditetapkan.
3. Pelajar yang layak mengundi pada pilihanraya PERUBATAN untuk sesi 11/12.
4. Berpakaian mengikut etika yang telah ditetapkan.
5. Menghormati majlis sepanjang MTK berlangsung.


Hak-hak perwakilan:

1. Setiap perwakilan berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat bagi mewakili cawangan masing-masing sepanjang mesyuarat berlangsung.
2. Perwakilan diberi hak untuk mengemukakan cadangan bertulis.


Etika pemerhati

1. Semua ahli PERUBATAN yang tidak menjadi perwakilan termasuk ahli tahun 1 layak menjadi pemerhati MAT.
2. Menghormati majlis sepanjang MAT berlangsung.
3. Berpakaian mengikut etika yang telah ditetapkan.


Hak-hak Pemerhati

1. Pemerhati tidak mempunyai hak secara langsung untuk memberikan cadangan dan bersuara sepanjang mesyuarat berlangsung.
2. Tetapi pemerhati boleh mewakilkan para perwakilan untuk bersuara.


Etika Pemakaian

UMUM
Menutup aurat.
Padanan sesuai dengan protokol majlis rasmi.

LELAKI
Baju kemeja
Bertali leher
Jaket atau blazer berwarna gelap
Seluar berwarna gelap (jeans tidak dibenarkan)
Berkasut hitam/gelap

PEREMPUAN
Baju kurung atau jubah
Blazer/Wintercoat gelap
Berkasut hitam/gelap

PENAMBAHAN BAGI AJKT PERUBATAN
Jaket AJKT PERUBATAN.

PENAMBAHAN BAGI AJKT PELAKSANA
Blazer gelap.
Tag pelaksana.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP