Musyawarah - Suara Kesatuan
>> Wednesday, 1 December 2010
Bersatu padu adalah tiang penyangga kepada sesuatu komuniti. Duduk bangun sesebuah komuniti ditentukan oleh kebersamaan dan kesatuan ahli komunitinya. Komuniti yang makmur adalah komuniti yang bersatu, komuniti yang hancur adalah komuniti yang berseteru. Lantaran itu, Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali telah menegaskan “bersatulah seperti dua tangan ini, jangan bercerai seperti dua telinga ini. Ketika tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang. Ketika tangan kiri ke depan, tangan kanan ke belakang”. Akhirnya, kita tegap berjalan, kekal utuh, gagah kedepan menggapai visi dan misi. Tetapi, andainya kedua-dua tangan ke depan, atau ke belakang, kemanakah hala tuju kita?
Analogi tersebut menggambarkan betapa pentingnya menjaga kesatuan dan memupuk kesepakatan di antara kita kerana perbezaan yang muncul daripada keragaman pemikiran, tidak mustahil menjadi pemacu kepada persaingan yang tidak sihat, perselisihan, perpecahan yang dapat memecah-belahkan nilai-nilai kebersamaan yang telah sekian lama terjalin, merapuhkan perpaduan dan tidak mustahil membawa kepada penderitaan dan kehancuran komuniti kita.
PERPADUAN DALAM ISLAM
Allah S.W.T. telah mengisyaratkan agar saya, saudara, saudari dan kita semua memperkukuh perpaduan dan kesatuan, serta melarang berpecah belah. Hal ini terungkap di dalam penggalan Surat Ali-Imran ayat 103 yang bermaksud:-
“Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu, ketika kamu dahulu (semasa jahiliah) saling bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara.”
Demikianlah penegasan Allah tentang pentingnya memantapkan kesatuan dalam sesebuah komuniti. Allah menyuruh kita bersatu padu dan melarang bercerai berai. Dengan demikian, semangat yang harus kita tanamkan adalah semangat bersatu, bukan berseteru, semangat integrasi, bukan disintegrasi, dan semangat persaingan secara sihat, bukan semangat berkelahi.
Apa yang harus kita ketengahkan adalah bagaimana kita dapat bersatu dan bersepakat menjadi lebih baik tanpa perlu ada yang disakiti atau dikorbankan. Perbezaan itu indah pada era keterbukaan dan demokrasi saat ini sekiranya disikapi dengan kejernihan dan kecerdasan. Sememangnya perselisihan tidak akan dapat dihindari. Tetapi, kenapa perpaduan selalu dikorbankan hanya kerana berbeza pendapat? Padahal perbezaan menerbitkan percambahan idea yang hanya tinggal untuk kita selaraskannya menjadi satu tujuan bersama sehingga tidak ada yang dirugikan. Janganlah menjadikan perselisihan pendapat sebagai satu alasan untuk tidak saling memberi pendapat dan menerima pendapat orang lain.
KESEPAKATAN YANG DICARI
Islam telah menganjurkan musyawarah dan memerintahkannya dalam banyak ayat di dalam al-Qur'an, serta menjadikannya suatu hal terpuji dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara; malahan menjadi elemen penting dalam kehidupan umat, ia disebutkan dalam sifat-sifat dasar orang-orang beriman di mana keislaman dan keimanan mereka tidak sempurna kecuali dengannya. Hal ini disebutkan di dalam satu surah khusus, yaitu surah as-syuura, Allah berfirman:

"dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"
[42:38]
[42:38]
Oleh karena kedudukan musyawarah sangat agung maka Allah menyuruh rasulnya melakukannya, Allah berfirman:
“...Dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu...”
(QS. Ali Imran: 159)
(QS. Ali Imran: 159)
Rasulullah adalah orang yang suka bermusyawarah dengan para sahabatnya, bahkan baginda adalah orang yang paling banyak bermusyawarah dengan para sahabat. Baginda bermusyawarah dengan mereka ketika perang Badar, bermusyawarah dengan mereka ketika perang Uhud, bermusyawarah dengan mereka ketika perang Khandak, baginda mengalah dan mengambil pendapat para pemuda untuk membiasakan mereka dengan bermusyawarah dan berani menyampaikan pendapat dengan bebas sebagaimana di perang Uhud walaupun ternyata hasilnya tidak menggembirakan. Namun demikian Allah menyuruh rasulnya untuk tetap bermusyawarah dengan para sahabatnya, kerana dalam musyawarah terdapat semua kebaikan.
Baginda bermusyawarah dengan para sahabatnya ketika perang Khandak dan beliau pernah berniat hendak melakukan perdamaian dengan suku Ghatafan dengan imbalan 1/3 hasil buahan Madinah agar mereka tidak berkomplot dengan Quraisy. Tatkala utusan ansor menolak, beliau menerima penolakan mereka dan mengambil pendapat mereka.
Di Hudaibiyah Rasulullah bermusyawarah dengan ummu Salamah ketika para sahabatnya tidak mahu bertahallul dari ihram, di mana baginda masuk menemui ummu Salamah, beliau berkata, "Manusia telah binasa, aku menyuruh mereka namun mereka tidak ta'at kepadaku, mereka merasa berat untuk segera bertahallul dari umrah yang telah mereka persiapkan sebelumnya," kemudian ummu Salamah mengusulkan agar baginda bertahallul dan keluar kepada mereka, dan baginda pun melaksanakan usulan tersebut. Begitu melihat Rasulullah bertahallul, mereka langsung segera berebut mengikuti baginda.
Rasulullah telah merumuskan musyawarah dalam masyarakat muslim dengan perkataan dan perbuatan, dan para sahabat dan tabi'in, para pendahulu umat ini mengikuti petunjuk beliau, sehingga musyawarah sudah menjadi salah satu ciri khas dalam masyarakat muslim dalam setiap masa dan tempat.
Demikianlah sejarah telah mencatatkan, kesepakatan dicapai dengan penyertaan semua pihak dalam memberi pendapat dan idea. Pendapat dan idea yang pelbagai diteliti dan dibahaskan untuk membulatkan kata, mencapai keputusan terbaik. Sebarang kata putus yang telah disepakati diterima dengan hati terbuka dan bertawakal kepada Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Ayuh rakan seperjuangan sekalian! Kita hidupkan budaya Islam dengan bermusyawarah pada setiap perkara, lebih-lebih lagi pada perkara yang melibatkan kemaslahatan ummah. Gunakan saluran yang betul dalam mengetengahkan pendapat dan isu-isu semasa bagi mengelakkan kekeliruan dalam usaha memperkemas kesatuan kita.

BERANI BERSUARA, TRANSFORMASI DIJANA!
Oleh:
Ahmad Tahir Awang
Tahun 1, Universiti Kaherah
Unit Tugas-tugas Khas
AJK Pelaksana Mesyuarat Tahunan Kaherah Kali Pertama
1 comments:
SC ana ni yg tulis
Post a Comment