Pendaftaran Perwakilan MTK
>> Friday, 3 December 2010
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
PENDAFTARAN PERWAKILAN
MESYUARAT TAHUNAN KAHERAH
Merujuk kepada perkara di atas, pihak AJK pelaksana Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK) membuka peluang kepada mana-mana ahli PERUBATAN di universiti sekitar Kaherah untuk menjadi perwakilan pada Mesyuarat Tahunan Kaherah.
Tarikh pendaftaran akan bermula dari Ahad (5/12/2010) hingga Jumaat (10/12/2010).
Ahli yang berminat untuk menjadi perwakilan, hendaklah mendaftarkan diri kepada ketua batch masing-masing. Bayaran sebanyak 10 LE akan dikenakan kepada setiap perwakilan yang berdaftar.
Setiap pencadang usul dinasihatkan untuk berdaftar sebagai perwakilan untuk membacakan usul semasa mesyuarat nanti.
Sila ke link berikut untuk senarai nama ketua batch setiap universiti
Ketua batch yang telah mengambil pendaftaran perwakilan dari batch masing-masing, sila serahkan maklumat perwakilan tersebut kepada:
Mohamed Khaliq bin Isa
Eksekutif Perhubungan AJK Pelaksana MTK
Tahun 4, Universiti Ain Shams
hasan_albanna1988@yahoo.com
011-5235268
SYARAT-SYARAT PERWAKILAN
Berikut adalah syarat-syarat untuk seseorang ahli PERUBATAN menjadi perwakilan MTK :
(i) Merupakan seorang ahli PERUBATAN yang sah
*(ii) Mempunyai status ahli yang matang (telah menjadi ahli PERUBATAN melebihi setahun)
(iii) Sudah melunaskan yuran persatuan
(iv) Perwakilan mestilah terdiri daripada ahli PERUBATAN yang menuntut di ketiga-tiga universiti di Kaherah (Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams dan Universiti Al-Azhar)
*Untuk mengetahui senarai nama status matang seseorang ahli, sila tekan link-link di bawah :
Setiap batch untuk setiap universiti akan di tetapkan bilangan kuota sebagai perwakilan. Berikut adalah taburan pelajar untuk menjadi perwakilan bagi setiap universiti :
UNIVERSITI KAHERAH
(100 orang perwakilan)
1. Tahun 6 = 20 orang
2. Tahun 5 = 25 orang
3. Tahun 4 = 20 orang
4. Tahun 3 = 20 orang
5. Tahun 2 = 15 orang
UNIVERSITI AIN SHAM
(75 orang perwakilan)
1. Tahun 6 = 15 orang
2. Tahun 5 = 10 orang
3. Tahun 4 = 28 orang
4. Tahun 3 = 12 orang
5. Tahun 2 = 10 orang
UNIVERSITI AZHAR
(75 orang perwakilan)
1. Tahun 6 = 8 orang
2. Tahun 5 = 5 orang
3. Tahun 4 = 3 orang
4. Tahun 3 = 24 orang
5. Tahun 2 = 35 orang
PENTING!
(i) Taburan pembahagian pelajar di atas ini dibuat berdasarkan jumlah pelajar tahun pengajian di universiti tersebut.
(ii) Pihak AJK Pelaksana tidak memberikan nisbah kuota ikhwah akhawat dalam setiap batch yang ingin mendaftar sebagai perwakilan. Ia tertakluk kepada budi bicara ketua batch masing-masing.
(iii) Penyertaan AJKT PERUBATAN sebagai perwakilan adalah berdaftar secara automatik. Namun, penyertaan mereka tidak akan menganggu bilangan kuota perwakilan yang telah di tetapkan, untuk mana-mana batch yang mempunyai AJKT.
(iv) Perwakilan di kalangan pelajar-pelajar senior akan di utamakan
BERANI BERSUARA, TRANSFORMASI DIJANA!!
0 comments:
Post a Comment